TUGAS PERINGKAT SEKOLAH
Sebelum Pentaksiran
►Menerima surat pekeliling PBS daripada JPN / PPD / PPG
►Menerima dokumen PBS daripada JPN / PPD / PPG
►Pengetua menubuhkan Jawatankuasa PBS Sekolah
►Pengetua melantik Ketua Pentaksir Sekolah bagi setiap mata pelajaran
►Pengetua melantik pentaksir bagi setiap mata pelajaran
►Menghantar senarai Jawatankuasa PBS dan pentaksir kepada JPN
►Memperbanyakkan dokumen PBS untuk kegunaan pentaksir
►Menyediakan jadual pelaksanaan PBS dan menghantar salinan kepada JPN dan Pentaksir Kawasan

SUMBANGAN BAHAN P&P

Sila 'attach' bahan - bahan anda ke e-mail :

khbmaster@hotmail.com

 

LINKS:

Portal Rasmi KPM

 
Pihak sekolah hendaklah menyediakan kemudahan tempat seperti makmal dan bengkel untuk menjalankan PBS. Peralatan dan bahan hendaklah mencukupi bagi membolehkan murid melaksanakan PBS bagi tujuan pentaksiran dan pembelajaran.
►Pihak sekolah mestilah menamakan guru mata pelajaran sebagai pentaksir untuk melaksanakan PBS. Pentaksir berperanan menjalankan PBS serta merekod dan menyimpan skor dalam Borang Skor Individu. Pentaksir juga menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan pentaksiran, menghantar skor ke Lembaga Peperiksaan berdasarkan kaedah yang telah ditetapkan dan mengeluarkan sijil pencapaian PBS di peringkat sekolah.
►Memberi taklimat pelaksanaan PBS kepada murid

►Memastikan setiap murid memiliki fail PBS

Semasa Pentaksiran
►Pentaksiran dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
►Penyelarasan dalaman di peringkat sekolah
►Pemantau dalaman membuat pemantauan
►Pentaksir merekod skor dalam Borang Skor Individu
►Pentaksir menyimpan eviden pentaksiran dengan selamat
Pentaksir memaklumkan skor kepada murid yang ditaksir dan murid menandatangani Borang Skor Individu bagi setiap taksiran
►Pentaksir memindahkan dengan betul skor dari Borang Skor Individu ke Borang Gred Induk, Borang Skor Induk, Borang Gred Kelompok, Master Gred Form, Borang Pelaporan berdasarkan format / dokumen pentaksiran setiap matapelajaran.

 

Selepas Pentaksiran
►Borang Skor Individu ke Borang Gred Induk, Borang Skor Induk, Borang Gred Kelompok, Master Gred Form, Borang Pelaporan disemak dan disahkan oleh Pengetua dan disimpan di sekolah
►Setiausaha Peperiksaan bertanggungjawab memastikan pentaksir sekolah memasukkan SKOR calon dalam sistem aplikasi kemasukan markah kerja kursus yang ditetapkan oleh LPM
►Pentaksir dan Setiausaha Peperiksaan perlu menyemak balas skor yang dimasukkan ke dalam aplikasi
►Setiausaha Peperiksaan menyerahkan salinan cetakan Senarai Keseluruhan Markah Kerja Kursus calon untuk disahkan oleh Pengetua
►Disket markah calon dan satu salinan Senarai Keseluruhan Markah Kerja Kursus calon yang telah disahkan oleh Pengetua MESTI dihantar kepada JPN / PPD / PPG tepat pada masa yang ditetapkan dengan segera.
►Mengeluarkan sijil pencapaian PBS kepada calon.