DASAR PENTAKSIRAN PENDIDIKAN
Pentaksiran Pendidikan ialah Proses mendapatkan maklumat tentang prestasi individu bagi memperkembangkan sepenunya potensi diri sebagai modal insan selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat Program KBSR/KBSM.

 

SUMBANGAN BAHAN P&P

Sila 'attach' bahan - bahan anda ke e-mail :

khbmaster@hotmail.com

 

 

LINKS:

Portal Rasmi KPM

 
PENYATAAN DASAR
 
  • Sekolah wajib melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semua mata pelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali, projek, modul dan ujian lisan.
  • Pelaksanaan Kerja Kursus Geografi, Sejarah, Kemahiran Hidup Bersepadu, PEKA Sains dan PAFA dijalankan mengikut Jadual Kerja yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
  • PBS mesti dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Keputusan calon akan terjejas sekiranya calon tidak melaksanakan kerja kursus atau tiada markah kerja kursus.
  • Setiap calon mestilah mempunyai semua markah / pencapaian PBS setelah tamat tempoh pelaksanaan.
  • PBS dilaksanakan mengikut garispanduan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan¬† Malaysia.
  • Jawatankuasa Induk PBS peringkat negeri, bahagian / daerah / gabungan dan sekolah perlu ditubuhkan.
  • Kos dan pelaksanaan PBS di bawah tanggungan serta tanggungjawab pihak sekolah.
  • Mengurus dokumen skor, evidens dan sijil adalah tanggungjawab pihak sekolah. Skor hendaklah dihantar ke Lembaga Peperiksaan Malaysia mengikut kaedah dan tempoh yang telah ditetapkan.