AKTIVITI MASA LAPANG

Berikut dibawah ini adalah beberapa lukisan yang telah saya hasilkan bila mana masa lapang saya tidak kepada Komputer. Terdapat 3 buah sahaja yang dapat saya persembahkan, disebabkan sebahagiannya tidak sempat untuk dipotretkan kerana ianya dihadiahkan kepada beberapa Pegawai Kanan Kerajaan, Yang Berhormat dan lain-lain rakan sedaerah.


Tajuk: Khazanah Alam

Lukisan ini dihasilkan pada 20 Jun 2002 selama sebulan. Sebenarnya lukisan seperti ini boleh siap dalam masa satu hari ataupun 3jam. Cuma masa yang membezakan tempoh siapnya lukisan ini. Tajuk lukisan ini ialah " Khazanah Alam " iaitu salah sebuah lokasi yang terletak di Mukim Sepulot di kampung Tataluan. Jika anda melawat ke tempat ini, maka anda akan dapat melihat berdiri tegaknya sebuah batu yang digelar Batu Punggul. Lukisan ini akan di pertandingkan ke peringkat negeri anjuran Balai Senilukis Sabah.


Tajuk: Red F/Horn.

Menurut ramalan orang cina, bahawa ikan ini membawa tuah. Maka saya tidak dapat memilikinya, namun melalui lukisan saya boleh memilikinya. Lukisan ini saya hasilkan hanya beberapa jam saja dan tidak sampai 3 jam.


Tajuk: Palian Dah Palian

Lukisan ini siap dalam tempoh 2 hari. Kalau dahulu dalam tahun 1980 an didaerah Nabawan, ikan seperti ini mudah sekali diperolehi, tetapi sekarang ini agak sukar kerana banyak sudah sungai yang tercemar. Maka istilahnya sama juga seperti ikan diatas, melalui lukisan, dapat juga seteguk air liur untuk tidak kepunan kata orang.


Sumber & Hakmilik: Asrin Ajis