KREATIVITI

Telah menghasilkan sebuah laman web jabatan berasaskan melalui pembelajaran sendiri tanpa bantuan  melalui kursus. Walaupun begitu, sebilangan yang telah mengikuti Kurus IT, sebahagian besar mereka tidak dapat melaksanakan dengan lebih bertenaga, disebabkan minat dan komitmen mereka tidak tertumpu kepada IT. Atau mungkin mereka tidak memperolehi kemudahan yang terkini. Atau sebenarnya kurang minat. Pendapat saya sebenarnya, bukanlah disebabkan kurang minat atau tiada peralatan canggih atau kurang beberapa sistem aplikasi, ketika dulu, komputer yang saya gunakan sekadar 100Mhz, 16MB selepas itu bertukar kepada 166MMX, 32MB. Apa yang saya gunapakai adalah Netscape 3 dan 4 serta perlu mempunyai ketanahan berhadapan dengan komputer dan mempunyai minat yang betul-betul tebal serta memiliki ciri-ciri kreatif, dan tiada terlibat dalam apa-apa sumber lain. Untuk menghasilkan sebuah laman web, tidaklah begitu lama, lebih kurang 1 hingga 3 bulan termasuk mempelajari beberapa sistem aplikasi.

Setelah kita telah memiliki laman web sendiri atau jabatan, maka perjuangan kita belum berakhir. Kita perlu mengemaskini laman web berkenaan dan disnilah daya tahan serta penelitian perlu dijalankan semula setiap maklumat laman web kita. Kalau saya, saya lebih suka membina dan mencipta laman web, namun untuk mengemaskini, amat sukar dan kadangkala kita lupa dimana maklumat yang telah kita kemaskini juga pautan-pautan yang berkenaan.  Untuk memudahkan kita mengemaskini laman web kita atau jabatan, maka kita perlu membina folder yang banyak dan juga mempastikan agar browser kita dapat membaca sepenuhnya setiap folder dan fail yang terdapat didalam folder.


Setakat ini sahaja. Sebarang pertanyaan bolehlah menghantar mel kepada saya.