Berasal
dari daerah Keningau kawasan " Zon Pedalaman Atas". Anak keempat
dari 8 orang adik beradik. Mendapat pendidikan persekolahan sekadar SPM
tahun 1974 ( Sanzac Kota Kinabalu dan SMK Gunsanad tahun 1969 ). Kampong
asal ialah Kampong Banjar Keningau.
Penglibatan
dalam bidang Komputer
Bermula
pada tahun 1989, pada ketika itu sekadar menumpang rakan yang mempunyai
komputer peribadi, bercirikan Windows 3.11 tanpa tetikus. Sehinggalah pada
tahun 1995, jabatan kami telah dibekalkan komputer dengan aplikasi Windows
95.
Penglibatan
dalam bidang IT
Pada tahun 1996, melibatkan
diri dalam bidang IT dan mempelajari sistem dalaman komputer. Pada awal
tahun 1997, jabatan kami telah melancarkan laman web sendiri dalam suasana
yang masih belum berfungsi dengan baik, maklumlah belum ada pengalaman.
Namun saya tidak berputus asa dan terus menceburi bidang IT serta melawat
beberapa laman web yang terbaik di Malaysia dan Dunia. Sehingga kini laman
web jabatan saya dapat berfungsi dengan baik dan boleh diakses melalui
injin pencari.
Penglibatan
dalam Pertandingan Laman Web.
Menyertai pertandingan laman
web sektor awam peringkat jabatan kerajaan Negeri dan Kebangsaan. Peringkat
negeri, laman web yang telah saya bina telah menang tempat kedua ( Peringkat
Negeri Sabah ) dan telah terpilih salah satu daripada 20 buah laman web
sektor awam peringkat kebangsaan.Jika ada yang berminat untuk melihat laman
web jabatan saya, sila ke Pejabat
Daerah Nabawan.
|