Notis "downtime" di Pusat Data Kerajaan Negeri (PDKN): 17-19 Mac 2017

thumbnail

Kepada: Semua Kakitangan Kerajaan

Dimaklumkan bahawa kemungkinan terdapat gangguan terhadap perkhidmatan yang berikut atas sebab kerja-kerja penyelenggaraan peralatan PDKN yang telah dijadualkan seperti di bawah:

PERKHIDMATAN YANG TERLIBAT
Sistem aplikasi atau laman web dengan alamat seperti dinyatakan di Lampiran.

TARIKH DAN MASA BERMULA
Jumaat 17 Mac 2017, 5.00 petang

TARIKH DAN MASA BERAKHIR
Ahad 19 Mac 2017, 11.59 malam

PENGGUNA TERLIBAT
Semua pengguna sistem aplikasi atau laman web dengan alamat seperti dinyatakan di Lampiran.

Jika anda masih lagi mengalami masalah mencapai perkhidmatan yang dinyatakan secara berterusan selepas tempoh waktu gendala yang telah dinyatakan, sila hubungi PDKN melalui kaedah-kaedah yang dinyatakan di bawah. 

Sebarang kesulitan yang timbul amat dikesali.

Sekian, dan harap maklum.

Mesej bagi pihak:
Pusat Data Kerajaan Negeri (PDKN)
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN)
Emel: pdkn@sabah.gov.my
Tel: (088) 270072, 270082, 270092, 016-5843308
Faks: (088) 215116